Sejarah pengeluaran BMP-1

BMP memasuki pengeluaran bagi Tentera Soviet pada tahun 1966. Siri pertama (Ob'yekt 765Sp1), dihasilkan sehingga 1969 tetapi digantikan dengan model pengeluaran dipertingkatkan, the BMP-1 (Ob'yekt 765Sp2), ia dihasilkan dari 1969 sehingga 1973. Ia digantikan oleh Ob'yekt 765Sp3 yang merupakan versi dimodenkan, 200 kg lebih berat. Model ini dihasilkan dari 1973 hingga 1979. Sejumlah siri peningkatan dibuat pada ketahanan kerangka, enjin dan transmisi semasa pengeluaran secara pukal. Versi terakhir BMP-1 IFV (BMP-1P, Ob'yekt 765Sp4), dilengkapi dengan pelancar ATGM lebih berkuasa 9P135M-1 bagi ATGM "Konkurs"/"Fagot" Ia dihasilkan dari 1979 hingga 1983. Pengeluar utama BMP-1 dan variasi berlainannya adalah Kurgan Machine Building Works (Kurganskiy Mashinostroitelyniy Zavod) tetapi kenderaan perisik artileri PRP-3 dihasilkan oleh Chelyabinsk Tractor Works (ChTZ) dan kenderaan perisik artileri PRP-4/PRP-4M dihasilkan oleh Rubtsovsk Engineering Works (RMZ). Peningkatan kepada BMP-1 dilakukan oleh KMZ dan juga oleh bengkel baiki kereta kebal Kementerian Pertahanan semasa baik pulih besar dan berjadual. Lebih dari 20,000 BMP-1 dan kenderaan berasaskannya dihasilkan di USSR.


BMP-1 di bawah lessen oleh Czechoslovakia, Poland,[16], Romania (MLI-84) dan India[16]. Sejak 1986 People's Republic of China telah menghasilkan salinan tidak berlesennya sendiri dikenali Jenis 86 (“Type 86”) (WZ 501). Jumlah Jenis 86 IFV dan kenderaan berasaskannya sekitar 3,000[3] Ia masih dalam perkhidmatan dengan People's Liberation Army. Sejak 1997, Iran menghasilkan BMP-1 yang diubahsuai sendiri, Boragh, ia menyerupai versi WZ 503 China.

Czechoslovak BVP-1 dihasilkan oleh ZTS Dubnica nad Váhom.


274 Polish BWP-1s were built by the Wojskowe Zakłady Motoryzacyjne Nr. 5 (WZM Nr. 5) (Military Motorization Plant No. 5) in Poznań until 1988 (1406 were bought from the Soviet Union).[18][19] It still produces spare parts for the BWP-1 and UTD-20 diesel engines. Its design bureau has developed a modernization package for the BWP-1. It built several prototypes of different turrets including unmanned ones. There was also one prototype with the original turret.[20]

Permodenan

Pada pertengahan 1970-an, selepas menganalisa kegunaan AFV ringan ketika Perperangan Yom Kippur, Perperangan Saudara Angolan dan perperangan Vietnam, program pemodenan bermula yang menghasilkan BMP-1P (Ob'yekt 765Sp4). Perubahan utama adalan penukaran pelancar 9S428 ATGM dan 9M14M Malyutka ATGM yang kurang berkesan dengan pelancar 9P135M atau 9P135M-1 ATGM yang lebih boleh diharap, jarak lebih jauh dan lebih berkuasa.[21] Ia terletak pada tenggekan pin khas pada bumbung turet, yang mampu menembak SACLOS 9M113 berpandu dan 9M113M Konkurs-M ATGMs,[21] yang meningkatkan perobekan perisai kepada 670 mm (26 in) dan memiliki jarak tambahan 4,000 m (4,400 yd). Pelancar 9P135M-1 turut mampu menembak 9M111 and 9M111-2 Fagot ATGMs. Pintu pengisi Malyutka biasanya dipetri tutup dan braket tenggekan dibuang. Peluru berpandu baru agak sukar digunakan kerana jurutembak perlu berdiri pada pintu terbukanya bagi menggunakan senjata, mendedahkan dirinya kepada tembakan musuh.[21] Ia adalah mungkin bagi menanggalkan pelancar 9P135M(1) ATGM dari turet dan menggunakannya atas tanah. BMP-1P dilengkapi dengan penutup perlindungan senjata neutron dan sistem peredam kebakaran baru sebagai perlindungan terhadap napalm. BMP-1P berikutnya dilengkapi dengan jujukan enam pelancar bom tangan asap 902V "Tucha" 81 milimeter (3.2 in) kaliber di belakang turet.[21] Sesetengah BMP-1 turut dilengkapi dengan bajak periuk api seluas trek KMT-10. BMP-1P menggantikan BMP-1 dalam pengeluaran pada tahun 1979 dan banyak BMP-1 telah dipertingkatkan kepada piwaian baru semasa 1980-an.[21]

Model BMP-1PG menambah pelancar bom tangan automatik 30 mm (1.2 in) AGS-17 "Plamya" disebelah kiri turet, dengan 290 bom tangan. Sesetengah BMP-1 memiliki tambahan AGS-17 semasa pembaikian utama (Ob'yekt 765Sp8).

BMP-1D bukan afimbia (dikenali sebagai 'variasi Afghan'), dibina pada tahun 1982 bagi unit penyerbu di Afghanistan. Ia memiliki kepingan perisai keluli gelek ("appliqué ") setebal 5 mm pada sisinya dengan liang tembakan dan juga kepingan perisai di bawah kerusi komander dan pemandu sebagai perlindungan tambahan bagi periuk api. Ia turut memiliki skirt perisai keluli besar dipasang di sisi badan melindungi sistem gantungan. Liang tembakan ditambah pada bahagian atas ruang tentera dan kotak simpanan turut dipasang pada bumbung sesetengah kenderaan. Pelancar 9S428 ATGM juga sering dialih dan diganti dengan pelancar bom tangan automatik AGS-17.

Berdasarkan pengalaman tempur di Afghanistan, BMP-2 versi baru dengan keupayaan tempur yang dipertingkatkan telah diperkenalkan pada tahun 1980. Ia memiliki turet dua orang dilengkapi dengan senjata meriam automatik 30 mm 2A42 pelbagai guna dan pelancar 9P135M-1 ATGM berupaya melancarkan peluru berpandu SACLOS 9M113 Konkurs dan 9M113M Konkurs-M dan juga 9M111 dan 9M111-2 Fagot ATGMs.

Rancangan pemodenan berikut termasuk memasang turet BMD-2 IFV pada BMP-1 tetapi ia tidak pernah melepasi tahap reka bentuk. Cadangan baru bagi memodenkan BMP-1 termasuk memasang turet baru dilengkapi senjata meriam automatik 25 hingga 30 mm (0.98 hingga 1.18 in), atau stesyen senjata seorang TKB-799 Kliver dengan sistem kawalan komputer, dilengkapi dengan pod peluru berpandu (yang boleh dilengkapi dengan samaada empat 9M133 Kornet (AT-14 Spriggan) atau 9M133F Kornet ATGMs atau 9K38 Igla (SA-18 Grouse) SAMs), meriam automatik dua tujuan 30 mm 2A72 dan mesingan koaxial 7.62 mm (0.300 in) PKTM (BMP-1M).[5][22]

Rujukan

WikiPedia: BMP-1 http://www.mod.mil.by/s53kmt10.html http://www.armyrecognition.com/Russe/vehicles_lege... http://www.deagel.com/Tracked-Armored-Fighting-Veh... http://www.militaryfactory.com/armor/detail.asp?ar... http://www.militaryparitet.com/nomen/russia/bron/b... http://www.milparade.com/Soderzhaniye.pdf http://www.orbat.com/site/history/historical/nato/... http://www.russarms.com/land/msv/bmd-1/tech-bmd-1-... http://www.thetankmaster.com/ENGLISH/AFV/bmp-1_01.... http://www.youtube.com/watch?v=_FFoQH-0wWI